Enam cedera dalam serangan bahan kimia beracun di London

0
33

LONDON: Enam orang dilaporkan cedera selepas disembur bahan kimia beracun dan dipercayai asid di sebuah pusat membeli-belah, Stratford Centre ke timur London pada Sabtu.

Susulan itu, seorang lelaki telah ditahan kerana menyebabkan kecederaan.

Polis tiba di lokasi selepas menerima laporan sekumpulan lelaki bertindak menyembur apa yang dipercayai sebagai bahan yang disyaki berbahaya.

Polis dalam satu kenyataan bagaimanapun menolak kejadian itu adalah berkaitan dengan pengganas.

Pasukan bomba dan ambulans turut dikerah bagi membantu mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here