Enam maut kemalangan selepas hantar bakal haji

0
50

NARATHIWAT: Enam maut dalam kemalangan di Kampung Pohon Jerai, Bachok di daerah ini petang semalam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anggota keluarga mereka untuk menunaikan ibadah haji.

Menurut jurucakap polis di sini, dua lelaki dan empat perempuan maut manakala sembilan yang lain termasuk kanak-kanak cedera dalam kemalangan yang berlaku pada kira-kira 5.30 petang itu.

“Kemalangan berkemungkinan berpunca daripada pemandu yang keletihan dan memgantuk sehingga menyebabkan kenderaan pikap terbabit melanggar tiang elektrik,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Hatyai selepas menghantar anggota keluarga mereka untuk menunaikan haji.

Jenazah enam yang maut dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bachok, katanya.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here