Enam maut ribut landa Moscow

0
87


RIBUT kuat melanda Moscow, hari ini. – Foto EPA

MOSCOW: Enam maut, manakala puluhan lagi penduduk Moscow cedera selepas ribut kuat melanda ibu negara Russia itu hari ini, menyebabkan ratusan pokok tumbang.

“Ribut yang melanda kawasan timur laut, barat daya dan timur Moscow menyebabkan pokok tumbang di laluan pejalan kaki dan mengorbankan lima mangsa.

“Ia turut memusnahkan sebuah stesen bas menyebabkan seorang lelaki tua mati di tempat kejadian,” kata jawatankuasa siasatan bandar dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, berkata lebih 40 orang terpaksa mendapatkan bantuan perubatan selepas ribut melanda bandar itu.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

“Beberapa ratus pokok tumbang. Kami sudah mengambil pelbagai langkah perlu bagi menangani masalah itu,” katanya dalam Twitter.

Dalam pada itu, jurucakap perkhidmatan kecemasan Moscow ketika memberitahu AFP berkata, anggotanya sudah dikerah untuk mengalihkan semua pokok yang tumbang, tetapi setakat ini tiada kecederaan serius dilaporkan.

Kejadian ribut itu juga menyebabkan jadual penerbangan di lapangan terbang di sini, terpaksa ditangguhkan.

Perkhidmatan kereta api laju ke lapangan terbang Vnukovo juga dihentikan kerana pekerja dikerah mengalihkan pokok tumbang daripada landasan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here