Enam terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Itali

0
123
Advertisement

BRESCIA: Dua kanak-kanak antara enam yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di sebuah lebuh raya di Brescia, Itali pada selasa.

Menurut media tempatan kemalangan itu membabitkan masing-masing sebuah kereta, trak serta lori tangki yang sarat dengan muatan.

Kejadian berlaku apabila lori pasir tersebut melanggar kereta berkenaan sebelum merempuh lori tangki danĀ  terbakar.

Pihak berkuasa mengesahkan kesemua enam mangsa yang terbunuh adalah penumpang kereta berkenaan selain pemandu trak.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuhraya tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here