Engku Emran dan Bella selamat diijab kabul

0
48

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, Ketua Pegawai Eksekutif Enfiniti Vision Media Sdn Bhd, Engku Emran dan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella sah menjadi suami isteri dalam satu majlis pernikahan di sebuah hotel di ibu negara.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup pada lewat petang tadi.

Pada majlis itu, Engku Emran, 42, yang juga bekas suami artis popular tanah air, Erra Fazira, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang kepada Bella, 29.

Pasangan itu turut bertukar cincin perkahwinan pada majlis yang dihadiri keluarga terdekat dan rakan karib pengantin.

Turut hadir, rakan artis Indonesia, Melly Goeslow, Titi Kamal dan Irwansyah.

Majlis pernikahan itu sekali gus menjawab spekulasi mengenai hubungan mereka yang dilaporkan media sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here