England yakin kudrat pemain muda

0
91
Advertisement



ENGLAND tiba di Russia hari ini dengan harapan barisan pemain muda yang diketuai oleh Harry Kane dapat menebus kehampaan pada beberapa kejohanan sejak kebelakangan ini.

Selepas terbang ke Saint Petersburg, skuad bimbingan Gareth Southgate tiba di kem latihan mereka di Repino untuk melakukan persiapan menjelang perlawanan pertama menentang Tunisia, Isnin depan.

England juga akan bertemu Panama yang melakukan penampilan sulung di Piala Dunia, sebelum melengkapkan aksi Kumpulan G dengan bertemu Belgium.

Ketibaan mereka dikawal ketat selain turut dihadiri oleh kumpulan media.

“Ia adalah kejohanan yang menjadi impian setiap pemain untuk mencatatkan kemenangan,” kata Kane.

“Saya akan berasa terkejut jika majoriti pemain tidak berkata Piala Dunia adalah kejohanan terbesar di dunia,” tambahnya.

Tersingkir awal pada peringkat kumpulan ketika Piala Dunia 2014, serta dimalukan Iceland pada Euro 2016 terus menafikan jangkaan England bakal menamatkan penantian selama 52 tahun untuk memenangi Piala Dunia.

Bagaimanapun, aksi cemerlang ketika menewaskan Nigeria dan Costa Rica kembali memberi harapan kepada England.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here