Erdogan ancam tak akan sahkan perjanjian iklim Paris

0
28


HAMBURG: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengancam negaranya tidak akan mengesahkan perjanjian iklim Paris ketika bercakap pada akhir sidang kemuncak G20 di Jerman.

“Selepas tindakan yang diambil Amerika Syarikat, pilihan kami adalah tidak meluluskannya di Parlimen,” kata Erdogan ketika sidang akhbar di sini.

Sidang kemuncak perindustrian dan pembangunan ekonomi dunia terbesar itu bersetuju 19 anggotanya kekal dengan perancangan 2015 untuk menentang pemanasan global dan ‘sedar’ penarikan diri Presiden Donald Trump daripada inisiatif itu.

Bagaimanapun sejurus selepas berakhirnya majlis kemuncak, Erdogan yang bertemu Trump pada majlis itu, memberitahu pada sidang media Turki bukan lagi calon tertentu dan mencadangkan agar 19 anggota lain anggota lain perlu mempertimbangkan semula.

Katanya, beliau sudah memaklumkan Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Canselor Jerman Angela Merkel : “Tiada kesalahan tetapi kami tidak akan meluluskan dalam parlimen kami selagi janji-janji yang dibuat kepada kami tidak dihantar.”

Erdogan berkata, bekas Presiden Perancis Francois Hollande berjanji kepadanya bahawa Turki akan dimasukkan sebagai sebuah negara maju dan bukan ekonomi industri yang bermaksud Ankara menerima wang daripada dana iklim global dan bukannya perlu membayarnya. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here