Erra Fazira ucap tahniah atas pernikahan Engku Emran dan Bella

0
47

KUALA LUMPUR: Erra Fazira mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya, Engku Emran dan isteri, Laudya Cynthia Bella yang selamat diijab kabul dalam satu majlis pernikahan di sebuah hotel di ibu negara.

Melalui status terbaharu di Instagram miliknya, pelakon dan penyanyi popular tanah air itu turut mendoakan pasangan itu agar berbahagia dan hubungan mereka berkekalan.

“Alhamdulillahhhh.. Tahniah! Buat ayah kepada Aleesya @iamkumbre dan @laudyacynthiabella di atas penyatuan cinta kalian. Moga berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah,” kata Erra.

Malah, ujar Erra, penyatuan dua hati itu akan dapat mengeratkan hubungan persaudaraan.

“Penyatuan ini juga moga dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Malaysia dan Indonesia.. Kita bersaudara dalam kejauhan.. kita saling mendoakan dan pupuk kasih sayang. Moga harmoni dan damai bersama. Amin,” katanya.

Erra turut mendoakan pasangan itu dikurniakan cahaya mata, dan sekali gus memberikan adik kepada Aleesya.

“Kepada pasangan mempelai dan Bella.. moga kalian segera dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah lagi comel!

“Pasti anakanda Aleesya tak sabar menanti adik. Kalian sentiasa dalam doaku,” ujar Erra lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here