Esok dah mula

0
62



Kuala Lumpur: Sempena kehadiran Ramadan, pengurusan Masjid Jamek Kampung Baru, di sini, bersiap sedia memastikan persiapan untuk menyediakan menu popular, bubur lambuk berjalan lancar.

Masjid yang sinonim dengan aktiviti memasak dan mengagihkan bubur lambuk setiap kali Ramadan itu pastinya menjadi tumpuan ramai setiap tahun dengan mengagihkan 3,000 bungkusan bubur lambuk setiap hari.

Ahli Jawatankuasa Perayaan Masjid Jamek Kampung Baru Mohalim Isman berkata, pihaknya membuat persediaan memasak 15 periuk bubur lambuk setiap hari.

“Kami mula memasak bubur lambuk Sabtu ini membabitkan lapan kakitangan khas masjid manakala 11 kakitangan lagi membungkus bubur lambuk untuk orang ramai.

“Biasanya 3,000 bubur lambuk disediakan habis dalam masa 30 minit dan ada yang kecewa kerana tidak dapat memperolehi menu kegemaran umat Islam itu,” katanya.

Menurutnya, bahan menyediakan bubur lambuk juga disiapkan secara berperingkat-peringkat.

“Setakat ini, kami menerima bahan kering seperti beras, rempah-ratus, minyak masak dan gas yang ditaja beberapa pihak.

“Manakala bahan basah lain diterima dalam masa terdekat untuk dimasak esok bermula jam 8 pagi,” katanya.

Katanya, jika bahan memasak tidak mencukupi, masjid mengambil inisiatif membeli barangan memasak di luar hasil sumbangan orang ramai dan bajet yang diberi kepada masjid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here