Exco PAS kekal jawatan sehingga PRU14, titah Sultan S'gor

0
56



Tiga ahli majlis eksekutif (exco) PAS dalam kerajaan negeri Selangor akan mengekalkan jawatan mereka sehingga pilihan raya umum akan datang, titah Sultan Selangor hari ini.

‘Setelah menimbang dan meneliti segala apek terutama dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan negeri Selangor demi memelihara kepentingan rakyat secara keseluruhannya, maka setelah berbincang dengan menteri besar, baginda berkenan dengan hasrat menteri besar untuk mengekalkan ketiga-tiga exco dari PAS di dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri sehingga ke tarikh pilihan raya umum yang akan datang,” kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, baginda juga telah mengambil kira mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada kerajaan negeri yang sedia ada untuk terus mentadbir bagi menjamin keharmonian dan pembangunan agar kemakmuran rakyat di negeri Selangor tercapai.

Keputusan ini, katanya, dibuat selepas baginda bertemu secara berasingan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali serta Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dan tiga exco PAS.

Baginda juga menyeru semua pihak agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi negatif tentang kestabilan kerajaan negeri Selangor.

Baginda berharap menjelang bulan Ramadan ini, rakyat khasnya yang beragama Islam, mengelak terlibat dalam sebarang fitnah dan tohmahan, kata setiausaha sulit baginda itu.

[Baca berita penuh]

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here