Exco PAS Selangor tak perlu letak jawatan

0
79



Alor Setar: Dewan Pemuda PAS mengingatkan Datuk Saifuddin Nasution supaya sedar diri bahawa kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor sedikit berbanding parti Islam itu di Selangor.

Ketua Pemuda PAS yang baru Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan, gesaan Setiausaha Agung PKR itu supaya Exco Kerajaan Negeri dari PAS melepaskan jawatan sekiranya tahaluf siyasi kedua-dua parti berakhir tidak perlu dihiraukan.

“Mereka di Selangor tidak perlu letak jawatan kerana mereka bukannya dilantik PKR ataupun DAP dan walaupun sekiranya hubungan PAS-PKR akan berakhir kelak, Exco PAS ini perlu meneruskan tugas mereka bekerja untuk rakyat dan parti.

“Harus diingat, dari segi fakta, PKR mempunyai kerusi sedikit daripada PAS di Selangor dan tiada sebab untuk PAS mengikut telunjuk sesiapa pun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas penangguhan Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-58 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pemuda PAS yang baru Khairil Nizam Khiruddin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here