Fahrin Ahmad lega, anak dah boleh keluar hospital

0
122
Advertisement

PELAKON Fahrin Ahmad akui lega selepas anak lelaki kesayangannya, Khalifa Fahrel yang dimasukkan ke hospital beberapa hari sudah dibenarkan keluar.
 
Berita itu dikongsi oleh Fahrin dan isterinya, Elena Eleas menerusi entri terbaru mereka di akaun Instagram mereka beberapa jam lalu.
 
“’Smile Peeps! Rasa gembira baby KF dah boleh keluar hospital hari ini. Dah sihat sikit lah tu anak ayah,” tulisnya ringkas.
 
Sementara itu, isterinya juga turut berterima kasih kepada pengikut IG kerena mendoakan kesejahteraan Khalifa sewaktu menerima rawatan di Hospital KPJ Damansara sejak dua hari lalu.
 
Bagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan penyakit anaknya.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here