Faiz turut warnai Larian Obor

0
49



Balik Pulau: Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Faiz Subri bersama tiga pemain skuad bola sepak Pulau Pinang turut mewarnai Larian Obor Sukan SEA 2017 (KL2017) peringkat daerah Barat Daya di sini, semalam.

Kehadiran Faiz bersama Azrul Ahmad, Failee Ghazli dan kapten Rafiuddin Rod
din disambut meriah ribuan peminat sukan sebagai tanda sokongan kepada temasya sukan dwitahunan yang berlangsung bulan depan.

Terdahulu, Larian Obor Sukan SEA ke-29 disempurnakan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya di Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, Balik Pulau.

Faiz mengaku turut teruja menanti temasya sukan itu dan menjangkakan semangat sama dirasai jutaan rakyat Malaysia apabila terpilih menjadi tuan rumah kali ini.

“Walaupun temasya belum bermula namun kemeriahan sudah jelas dirasai untuk menyaksikan jaguh sukan negara beraksi memburu pingat emas.

“Sokongan moral peminat menjadi suntikan semangat buat semua atlet supaya dapat mengharumkan nama negara terutama misi menjadi juara keseluruhan kali ini,” katanya.

Pelancaran Larian Obor peringkat negeri dimulakan di Pangkalan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban oleh Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye kelmarin.

Bagi peringkat daerah Barat Daya, ia disertai lebih 2,000 peserta termasuk penduduk setempat, pelajar sekolah dan kanak-kanak serta orang kurang upaya (OKU) bermula dari Sungai Rusa melalui beberapa tempat termasuk Jalan Baru, Sungai Burung, Pulau Betong, Jalan Mahkamah, Bayan Lepas, Jalan Bukit Ayon, Jalan Tengah dan Bayan Baru sebelum ke Seberang Perai Utara.

SHARE
Previous articleIggy buat kejutan
Next articleYen Mei makin yakin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here