Fanpage Timeline – terbaru dari Facebook

Bermula 30 Mac 2012, Facebook akan menukar Fanpage kepada rekabentuk baru mereka iaitu Timeline. Walaupun ramai yang tidak berpuas hati dengan penukaran ini, Facebook tetap mempunyai hak untuk menukarnya. Sebelum ini pengguna Facebook diberitakan tentang penukaran profile mereka kepada bentuk Timeline bermula seawal 22 Disember 2012. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini profile lama masih lagi boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Namun begitu, pengguna yang telah menukar kepada timeline, tidak boleh lagi menukar kembali kepada bentuk yang asal.

Antara kelebihan fanpage timeline ini, terdapat fungsi mesej kepada fanpage di mana pengguna facebook yang telah like fanpage tersebut boleh terus berkomunikasi dengan pemilik fanpage tersebut dengan menggunakan sistem mesej seperti yang terdapat pada profile Facebook yang biasa. Mungkin akan terdapat pro dan kontra mengenai hal ini, tambahan pula jika mempunyai like yang ramai.

Kelebihan lain yang terdapat pada bentuk timeline ini adalah keupayaan fanpage tersebut untuk mempromosikan sesuatu. Tidak kira syarikat, artis, ataupun fanpage persendirian, fungsi cover timeline atau banner besar pada bahagian atas fanpage tersebut akan membantu dari segi penambahan like, penjualan produk, atau sekadar memaparkan gambar-gambar terbaru dalam resolusi yang lebih besar.

Terdapat juga kekurangan dalam menggunakan timeline ini. Antaranya, ruang status pada fanpage yang terbahagi kepada dua dan kurang mesra pengguna berbanding sebelum ini. Loading juga lebih berat dan membuatkan seseorang yang mempunyai capaian internet yang sederhana boleh tersangkut dan seterusnya menyebabkan browser crash.

Sekiranya anda mempunyai pandangan tersendiri mengenai fanpage timeline ini, anda boleh berkongsi dan komen di bawah.

Leave a Comment