Farizal tak sabar kempen Piala Malaysia

0
355
Advertisement



PENJAGA gol FELDA United FC, Farizal Harun yang membantu kelab itu muncul juara Liga Perdana mahu melakar kejayaan lebih manis pada kempen Piala Malaysia yang dijadualkan bermula bulan hadapan.

Kejayaan membawa The Fighters kembali ke Liga Super dan muncul juara Liga Perdana musim ini membuktikan komitmen tinggi Farizal bersama rakan sepasukan.

“Sudah pasti keputusan terbaik dapat diraih pada kempen Piala Malaysia dengan menjadikan kejuaraan Liga Perdana sebagai motivasi.

“Kata-kata semangat jurulatih (B Sathianathan) juga menjadi perangsang untuk mempamer persembahan membanggakan seperti yang dilakukan pada aksi liga.

“Saya harap The Fighters dapat memberi saingan terutama daripada pasukan Liga Super untuk mencatat keputusan terbaik,” kata pemain berumur 32 tahun itu.

Ditanya pertemuan dengan Pulau Pinang malam esok, Farizal berkata, dia kemungkinan tidak diturunkan untuk memberi peluang kepada rakan lain mengawal benteng terakhir itu.

Namun, katanya, setakat ini, kelab itu menjalani latihan seperti biasa dan tetap dengan misi menamatkan aksi liga dengan mengutip tiga mata.

“Saya difahamkan jurulatih akan memberi peluang kepada barisan pemain yang tidak berada dalam kesebelasan utama musim ini.

“Tapi, saya sentiasa bersedia jika khidmat diperlukan memandangkan Pulau Pinang dijangka bermain agresif untuk mendapat tiga mata kerana mereka mahu kekal dalam Liga Perdana musim depan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here