Fasha Sandha dedah fasa 'rindu-merindu' dengan jejaka solo

0
54

KUALA LUMPUR: Pelakon Fasha Sandha mendedahkan hubungannya dengan seorang jejaka yang sudah dikenalinya beberapa bulan lalu melewati fasa ‘rindu-merindu’.

Lebih gembira dan bahagia katanya, Fasha bagaimanapun enggan menyifatkan hubungan itu sebagai bercinta memandangkan masing-masing dalam proses mengenali hati budi.

“Saya lebih selesa katakan kami berkawan rapat tetapi belum sampai ke tahap bercinta lagi. Saya gembira dengan hidup saya sekarang.

“Dia sudah berani cakap rindu dan kami saling berhubung setiap hari.

“Walaupun saya tidak meluahkan kata-kata rindu tapi dia tahu saya pun merindukan dia,” ujar Fasha yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka Mind Order di Istana Bambu, Kuala Lumpur malam tadi.
 

Fasha bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki berkenaan namun pelakon Lara Aishah itu memberitahu lelaki tersebut masih solo dan tidak mempunyai sebarang ikatan perhubungan setakat ini.

“Siapa yang mahu bercinta dengan saya mesti tahu bahawa saya seorang ibu yang sangat mengutamakan anak-anak saya dan dia mesti menerima saya seadanya,” tambah Fasha.

Teks oleh: Amri Hassan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here