Fathia Latiff dekatkan diri dengan agama

0
115
Advertisement

TAHUN lalu menyaksikan satu persatu kontroversi yang dihadapi oleh Fathia Latiff.

Kelantangan di laman Twitter peribadi miliknya sehingga ke isu menari di Bigo Live yang telah mencemarkan imejnya sehinggalah digugurkan atas dakwaan disiplin, satu persatu terpaksa dihadapi wanita 30 tahun ini.

Mengakui pernah berasa berputus asa dengan apa yang berlaku, anak kelahiran Ayer Hitam, Pulau Pinang ini tidak menunggu lama untuk bangkit semula.

Bahkan selepas segala yang dilaluinya, Fathia berkata, dia terpanggil untuk membantu mereka yang sedang melalui masalah berat dan merasa berputus asa dengan kehidupan.

“Saya bukanlah nak tunjuk pandai atau cuba jadi hero. Tapi selepas apa yang saya lalui, saya pasti, orang di luar sana juga ada yang sedang melalui saat sukar masing-masing.

“Secara tidak langsung saya terpanggil untuk membantu mereka semampu mana yang boleh,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Fathia, kontroversi yang terjadi juga menyedarkannya untuk lebih mendekatkan diri dengan agama.

“Saya bukan cuba nak jadi alim. Dekatkan diri dengan agama maksud saya untuk lebih memahami agama, korek lagi mengenai agama dan kehidupan.

“Dulu saya selalu sibuk dengan lakonan dan bila berhijrah pun saya belum pergi cukup dalam lagi untuk memahami agama.

“Jadi sekarang masanya. Saya harap terus istiqamah dengan apa yang saya lakukan,” katanya yang mengakui hubungan dengan keluarganya juga kini semakin rapat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here