Fathia mahu tenung muka Remy Ishak, Tiz Zaqyah respon … 'uish'

0
16
PELAKON sensasi Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian netizen di media sosial Twitter petang semalam apabila membalas kenyataan pelakon kacak Remy Ishak dalam situasi sangat janggal.

Terdahulu, Remy mengemas kini akaun Twitternya dengan mengajukan soalan kepada peminatnya jika berpeluang bercuti bersama-sama.

Tulis Remy; “Jika anda seorang peminat dan berpeluang untuk bercuti bersama saya, apakah yang akan anda lakukan sepanjang perjalanan.”
 

Entri Remy sekitar pukul 9 pagi semalam mendapat pelbagai respons daripada peminatnya yang rata-rata teruja untuk bercuti bersama-sama pelakon filem Cun itu. Bagaimanapun, lewat petang semalam Fathia tidak melepaskan peluang untuk berkongsi perkara yang ingin dilakukan dengan Remy sekiranya berpeluang bercuti bersama.

“Saya akan tenung je muka awak sampai tertidur,” tulis Fathia ringkas sekitar pukul 7 petang semalam.
 

Reaksi Fathia yang bersifat gurauan itu dengan pantas mendapat kicau semula (retweet) dan tanda suka (likes) daripada peminatnya.

Lebih menarik, status itu mendapat respons daripada bekas kekasih Remy, Tiz Zaqyah yang hanya menulis “Uish”.

Malah, peminat juga kembali mengingatkan Fathia bahawa Remy sudah berstatus tunangan orang dan memohon agar pelakon itu untuk ‘move on’.

“Tunang orang tu,” tulis @baniey_arbi90.

“Dah boleh move on ah Fathia,” balas @Izshaziera.

Menurut kemas kini akaun Instagram Remy, pelakon itu kini sedang bercuti di New Zealand selepas penggambaran drama bersiri di Bangka Belitung, Indonesia sejak awal November.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here