'Fatimah Az-Zahra pipi merah, rambut lebat' – Pengurus Siti Nurhaliza

0
26
Advertisement

KUALA LUMPUR: “Pipi baby ni merah sangat, rambut dia pun lebat, comel sangat.”

Itu gambaran yang diberikan pengurus dan kakak ipar kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Rozi Abdul Razak ketika ditanya bagaimana rupa puteri sulung pasangan penghibur nombor satu negara dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Fatimah Az-Zahra.

Jelas Rozi, Siti Nurhaliza dan anaknya berada dalam keadaan yang sihat namun masih berada di bawah pengawasan doktor.

Tambahnya lagi, bayi yang dilahirkan di sebuah hospital swasta pada jam 8.17 pagi tadi dengan berat 3.55 kilogram itu juga sudah mula menyusu.

BACA: Siti Nurhaliza sambut bayi sulung tanggal 1 Rejab

BACA: #BabyCTDK: ‘Selamat datang puteri, ibumu sudah lama menanti’ – Netizen


BACA: #BabyCTDK: Tun Mahathir ucap tahniah kelahiran Fatimah Az-Zahra


BACA: Fatimah Az-Zahra, panggilan sementara anak Siti Nurhaliza

“Alhamdullillah kesemua ahli keluarga berada di hospital bagi melawat Siti. Setakat ini saya masih belum berjumpa dengan Siti kerana dia masih berehat,” jelasnya lagi.

Rozi seterusnya mewakili kedua-dua belah keluarga mengucapkan terima kasih kepada rakan media dan seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat Siti Nurhaliza kerana terus mendoakan kesejahteraannya sepanjang melalui tempoh kehamilan sehingga selamat melahirkan bayi sulungnya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here