Fattah al-Sisi umum bertanding presiden penggal kedua

0
27
Advertisement

KAHIRAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, mengumumkan pada Jumaat beliau akan bertanding bagi penggal kedua dalam pilihan raya presiden akan datang pada Mac.

Pemerintahan Abdel Fattah telah membawa kestabilan kepada negara itu, tetapi pengkritik mengatakan popularitinya telah terhakis akibat pembaharuan ekonomi yang dibawanya, yang menyebabkan kehidupan rakyat terjejas teruk dan tindakan tegas beliau terhadap pembangkang.

Sebaliknya, para penyokongnya mengatakan tindakan tegas diperlukan untuk memastikan negara stabil ketika ia berdepan ancaman keselamatan termasuk serangan militan Negara Islam di rantau itu.

“Hari ini… saya nyatakan dengan berterus terang dan ikhlas, yang saya harap anda akan membenarkan dan menerima pencalonan saya untuk jawatan presiden,” kata Abdel Fattah, disambut sorakan orang ramai.

Proses pengundian akan dijalankan daripada 26 hingga 28 Mac. Sekiranya tiada calon berjaya mendapat lebih daripada 50 peratus undi, pengundian pusingan kedua akan diadakan antara 19 dan 26 April.

BACA: Pilihan raya presiden Mesir pada Mac

Calon yang bertanding perlu menghantar borang mulai 20 hingga 29 Januari.

Dalam pengumuman yang dibuatnya menerusi televisyen itu, Abdel Fattah menyenaraikan pencapaian Mesir dalam penggal pertamanya, termasuk kejayaan dalam pemulihan kewangan setelah bertahun-tahun mengalami pergolakan politik dan ketidakstabilan ekonomi.

“Untuk membangunkan negara ini mengambil masa 16 hingga 20 tahun, saya sedang cuba menyelesaikannya dalam tempoh 8 tahun, insya Allah,” katanya.

Setakat ini, pencabar paling utama Abdel Fattah ialah bekas ketua staf pasukan tentera, Jeneral Sami Anan, dan peguam hak asasi manusia, Khaled Ali, tetapi mereka tidak dijangka akan beroleh undian yang diperlukan untuk menang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here