Fattah Amin, apa lagi kamu mahu?

0
286
Advertisement



KUALA LUMPUR: Apa lagi yang belum dicuba Fattah Amin?

Sejak bergelar anak seni sejak enam tahun lalu, apa sahaja yang dilakukan menjadi belaka.

Hampir segala aspek dunia hiburan telah diceburinya. Drama lakonan beliau berjudul, Mr Suri Hati Pilot mencetuskan fenomena selepas ditayangkan tahun lalu. Gandingan Fattah dan aktres, Neelofa mendapat sambutan yang cukup hangat sehingga timbul khabar angin mereka dilamun cinta. 

Tidak senang untuk duduk diam, Fattah mencuba nasib sebagai penyanyi. Berbekalkan single pertamanya, Wanita Terakhir’, lagu pop itu berjaya menjuarai carta iTunes selepas ia dilancarkan.

Awal minggu ini, hasil nukilannya yang dibukukan dalam 99 Kata-kata Fattah Amin #QalifModen dinobat  Anugerah Buku Paling Popular di Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.

Dalam kesibukan itu, Fattah kini mencuba cabang baharu dalam industri penyiaran.  

Kehadiran aktor berusia 27 tahun di Astro AWANI di ibu negara hari ini, membuktikan sosok beliau yang berbeza. 

Krew produksi  Astro AWANI sempat merakamkan aksi Fattah ketika mencuba nasib jadi penyampai di stesen TV itu. 

Ada bakat, tetapi perlu digilap lagi, kata mereka yang buat pemerhatian ketika Fattah membaca skrip yang disediakan berkenaan drama terbaru lakonannya bersama Fazura.

Apa pun tunggu dan lihat sahaja, apakah benar Fattah Amin akan jadi keluarga terbaru Astro Awani.

* Ikuti temubual eksklusif bersama Fattah Amin dalam segmen ‘Jom Tanya’ pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here