Fattah Amin buat Nabil dan Jihan 'bergaduh' di Twitter, peminat pula panas punggung

0
42

SIAPA tidak kenal pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse? Kedua-duanya memang punya chemistry yang baik di atas mahupun di luar pentas.

Satu status yang dimuat naik Nabil ke akaun Twitter berkenaan pelakon Fattah Amin, menjadi medan berjenaka kedua-dua mereka, namun peminat pula mempunyai pendapat yang berbeza.

Nabil dalam nada berseloroh mengusik Fattah berdasarkan satu artikel yang diterbitkan sebuah akhbar harian, dalam status berikut.

Ia mendapat perhatian Jihan, yang membalasnya dengan status yang seakan-akan ‘memulangkan paku buah keras’.
Ia kemudiannya menjadi satu tweet bersiri, di mana kedua-duanya saling berbalas usikan.

Namun bagi peminat Fattah pula, mereka merasakan tweet Nabil itu tidak kena tempat dan seolah-olah cuba ‘mencari pasal’ dengan pelakon kesayangan mereka itu.

Nabil bagaimanapun tidak melatah, sebaliknya memuat naik status berikut yang berkemungkinan balasan kepada kecaman daripada peminat Fatah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here