Fattah-Fazura kongsi video detik manis majlis pernikahan di Instagram

0
18

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon popular, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang sudah bergelar suami isteri berkongsi sebuah video yang memaparkan detik-detik manis majlis pernikahan mereka di laman Instagram masing-masing.

Beberapa petikan video memaparkan persediaan pernikahan mereka yang berlangsung di Ritz Carlton, Kuala Lumpur pada Isnin malam lalu.

Pasangan sama cantik, sama padan tersebut bernikah dalam satu majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here