Fattah peristerikan Fazura dengan sekali lafaz

0
16

KUALA LUMPUR: Aktor popular, Fattah Amin sah bergelar suami kepada aktres Nur Fazura dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan sekitar jam 9.50 malam yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara malam ini.

Majlis pernikahan itu berlangsung dalam satu acara tertutup dan dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan tersebut.

Astro AWANI difahamkan satu kenyataan media akan diedarkan pada pihak media selepas majlis pernikahan itu nanti.

BACA: ‘Saya nampak masa depan saya di mata Fattah’ – Fazura

BACA: ‘Kami tidak bernikah di Mekah, bertunang 13 Nov lalu’ – Fattah

Minggu lalu, pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka dalam satu sidang media sejurus selepas pulang dari menunaikan umrah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here