Fattzura bernikah?: 'Saya tak berani komen' – Sumber rapat

0
27

KUALA LUMPUR: “Saya tak pasti, saya di pihak pengurusan jadi saya tidak berani untuk komen,” kata seorang sumber rapat dengan pelakon Fattah Amin ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

“Memang benar Abang Faz (panggilan untuk Fattah dalam kalangan rakan rapat) akan menunaikan umrah hari ini,” katanya.

“Saya tidak berani untuk menjawab bagi pihak Fazura kerana beliau ada pengurusannya sendiri,” tambahnya.

Sumber itu turut mengulas Fattah sendiri akan mengeluarkan kenyataan untuk menjawab spekulasi yang kini bertiup kencang tentang kononnya Fattah dan Fazura sudah bernikah secara senyap malam tadi. 

Sebelum ini, Fattah ada membuat pengumuman tentang hasrat beliau untuk menunaikan umrah di Tanah Suci.

“Memang benar, namun beliau ada beberapa komitmen yang perlu ditunaikan sebelum bertolak ke Tanah Suci,” kata sumber itu.

Spekulasi Fattah dan Fazura bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November juga menjadi topik hangat sejak dua minggu lalu.

Enggan mengulas lanjut tentang gosip tersebut, Fattah memohon agar peminat mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.

Beliau turut berpesan untuk peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

BACA: Fattah Amin tunai umrah dengan Fazura?

“Kalau ada jodoh saya akan hebahkan kepada semua,” katanya ringkas dalam satu temu ramah baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Fattah menyambung kontraknya sebagai duta jenama wangian AJ de’Parfum untuk tahun kedua berturut-turut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here