FB sekat netizen Myanmar guna perkataan kalar

0
39


YANGON: Netizen di Myanmar terkejut selepas Facebook melarang mereka daripada menulis perkataan ‘kalar’ sering digunakan sebagai penghinaan ke atas umat Islam, ketika kebangkitan Islamofobia di negara itu.

Facebook kini menerima tekanan global bagi meredakan ucapan berunsur kebencian, ancaman ganas atau maklumat mengelirukan secara sengaja dalam platform mereka, dengan usaha itu menunjukkan kejayaan bercampur.

Berpuluh pengguna media sosial itu di Myanmar dilaporkan dilarang sementara daripada menggunakan laman berkenaan baru-baru ini selepas menulis terma kontroversi, kalar, kerap digunakan sebagai penghinaan ke atas minoriti Islam Rohingya di negara itu.

Sesetengah pengguna berkata, mereka malah disekat daripada menulis perkataan lain yang termasuk bunyi sama dalam huruf Burma, mengetengahkan kesukaran dihadapi Facebook memantau jutaan tulisan dalam pelbagai bahasa.

Seorang pengguna, Aung Kaung Myat berkata, dia dihalang daripada menanda ‘like’, menulis dan berkongsi kandungan di laman itu selama 24 jam minggu lalu selepas menggunakan perkataan kalar, begitu juga rakannya yang lain.

“Ia tidak masuk akal. Saya menjadi mangsa apabila menulis, ‘Facebook memadam tulisan yang memasukkan perkataan kalar’,” katanya.

Seorang jurucakap Facebook berkata, syarikat itu berusaha menyekat ucapan kebencian namun ketika ‘pasukan kami memproses jutaan kandungan dilaporkan setiap minggu, kami kadang kala melakukan kesilapan.’

Seorang jurucakap kerajaan Myanmar berkata, ia tidak menggesa larangan terbabit.

Kalar adalah terma amat kontroversi di Myanmar, di mana ia digunakan bagi merujuk warga asing secara umum namun biasanya menggambarkan penduduk berasal dari India dan segala-galanya yang berkaitan budaya mereka.

Selama beberapa tahun ia bertukar kepada penghinaan oleh nasionalis Buddha ke atas penduduk Islam Rohingya. -AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here