Federer tak sabar beraksi

0
283
Advertisement



Kejuaraan ke-132 Wimbledon bermula di bawah sinaran matahari semalam dengan permainan akan bermula di gelanggang luar.

Kelihatan barisan panjang peminat menanti dalam kepanasan untuk masuk ke kejohanan yang

akan berlangsung di 17 gelanggang.

Mereka yang bertuah memegang tiket Centre Court tidak sabar menyaksikan juara bertahan, Roger Federer memulakan usaha memburu kejuaraan kesembilan berdepan pemain Serbia, Dusan Lajovic.

Juara tujuh kali, Serena Williams juga akan beraksi pada hari pertama ketika dia akan memulakan Wimbledon pertama sebagai seorang ibu.

Bagaimanapun kali ini tiada kelibat Andy Murray, dengan pemain pilihan British itu berkata sejurus sebelum kejohanan bahawa pinggul kanannya masih belum bersedia untuk saingan sengit Grand Slam.

Kyle Edmund dan Johanna Konta akan mengetuai cabaran tuan rumah dan berharap tumpuan akan beralih daripada pasukan bola sepak yang mahu mencipta kegemilangan di Russia.

Kejohanan kali ini adalah yang ke-50 sejak tenis bertukar profesional pada 1968. Kketika itu, Rod Laver dan Billy Jean King melancarkan era baharu Wimbledon dan kedua-duanya akan menjadi tetamu kehormat sepanjang dua minggu kejohanan.

Pemain Switzerland, Federer yang namanya akan sentiasa bersama Laver dan King dalam dunia kemasyhuran tenis, hanya sedikit kurang untuk menyambut hari lahir ke-37, namun menjadi pilihan mengekalkan gelaran selepas menewaskan Marin Cilic pada final, tahun lalu.

Menjejak kaki di Centre Court pada hari pembukaan ialah sesuatu yang tidak pernah diambil mudah oleh pemain itu.

“Secara jujur ia masih sesuatu yang memberi rasa gementar. Ia sesuatu yang amat besar,” kata Federer. “Selain sejarah dan tempat yang magis, anda juga tidak boleh berlatih di situ.

“Keseluruhan suasana berubah di Wimbledon, dan anda sedar semua mata tertumpu pada anda. Tapi saya sukakannya. Ia penghormatan yang besar,” katanya selepas menewaskan Dusan Lajovic 6-1 6-3 6-4 di Centre Court, pada aksi pembukaan, pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here