Feri Prasarana mula operasi percubaan

0
36



Kuala Lumpur: Feri Pulau Pinang yang ikonik, semalam memulakan perkhidmatan percubaan di bawah pengurusan baru, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau melahirkan harapan ia dapat meningkatkan perkhidmatan feri di negeri itu.

“Kami memberi sokongan penuh kepada Prasarana dan kami percaya mereka berjaya memandangkan syarikat itu mempunyai keupayaan pengurusan dan pengalaman luas menguruskan pengangkutan awam,” kata Liow selepas melancarkan koleksi novel klasik ‘Dream of Red Chambers’ di Universiti Malaya, di sini, semalam.

Mengenai tempoh masa percubaan feri itu, Liow berkata, ia masih belum ditentukan, sambil menambah butiran akhir kontrak itu dibincangkan setelah semuanya ditetapkan.

“Ia memberi perubahan besar dan kami percaya rakyat Pulau Pinang mendapat manfaatnya,” kata beliau.

Perkhidmatan feri dari Butterworth ke Pulau Pinang itu beroperasi sejak 1894, menjadikannya feri penumpang pertama dan tertua di negara ini.

Berhubung perkara lain, Liow memberi jaminan Prosedur Operasi Standard (SOP) di pelabuhan negara adalah baik.

“Pelabuhan kita antara terbaik di dunia dari segi efisien.

Dalam kes (peralatan) radar tentera didakwa hilang itu, kontena itu sebenarnya tidak hilang tetapi tiba ke destinasinya,” kata beliau.

Sebelum ini, dilaporkan kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi dalam perjalanan dari Australia ke Belanda itu dilaporkan hilang ketika transit di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor, tetapi sebenarnya ia tiba ke destinasi dituju iaitu Belanda.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here