FFM29: 10 perkara perlu tahu tentang Sangeetha Krishnasamy

0
37

KUALA LUMPUR: Lakonan mantap pelakon wanita Sangeetha Krishnasamy dalam filem ‘Adiwiraku’, bukan sahaja telah memenangi hati rakyat Malaysia, tetapi, wataknya sebagai cikgu Cheryl Ann Fernando, telah menghadiahkannya anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM29), yang berlangsung malam tadi.

Sangeetha mengetepikan saingan nama-nama gah dalam industri perfileman negara seperti Izara Aishah, June Lojong, Sharifah Amani dan Yeoh Yann Yann untuk memenangi anugerah tersebut.

Berikut antara 10 perkara yang anda perlu tahu mengenai pelakon manis itu:

1. Berusia 32 tahun, Sangeetha merupakan anak jati Kuala Lumpur.

2. Merupakan graduan undang-undang dari University of London (kampus Malaysia)

3. Sangeetha merupakan seorang ‘vegan’ yang merupakan pengamal makanan yang sepenuhnya datang dari makanan berasaskan tanaman seperti biji-bijian, buah-buahan, sayuran, dan kacang-kacangan dan mengecualikan produk dari haiwan.

4. Beliau mula serius dan aktif dalam dunia lakonan pada tahun 2009.

5. Beliau menjalani kursus lakonan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPaC).

6. Semasa penggambaran Adiwiraku, Sangeetha dimasukkan ke hospital selama tujuh hari kerana mendapat demam denggi.

7. Dalam tempoh dia dijangkiti dengan demam denggi, dia kehilangan berat lebih 5 kilogram.

8. Beliau pernah menjadi finalis pertandingan ratu cantik, ‘Miss Malaysia India’.

9. Sangeetha mempunyai empat adik-beradik dan beliau merupakan anak kedua.

10. Sangeeta juga pernah bercita-cita untuk menjadi seorang anggota polis.

BACA: FFM29: Mungkin dia tak faham perjalanan acara – Zizan balas kritikan Afdlin

BACA: FFM29: ‘Saya rasa macam tak layak menang Pelakon Wanita Terbaik’ – Sangeetha

BACA: Adiwiraku diangkat filem terbaik FFM29, ini senarai penuh keputusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here