FFM29: 'Saya rasa macam tak layak menang Pelakon Wanita Terbaik' – Sangeetha

0
47

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM 29), Sangeetha Krishnasamy menerusi filem Adiwiraku menyifatkan kemenangannya itu sebagai satu penghargaan buat Cikgu Cheryll yang merupakan seorang guru di SMK Pinang Tunggal, Kedah.

Sangeetha ketika ditemui turut berkata, dia berasa bertuah kerana diberi peluang membawakan watak ini dan berterima kasih barisan juri yang menghargai lakonannya itu.

BACA: Adiwiraku diangkat filem terbaik FFM29, ini senarai penuh keputusan

BACA: Mungkin dia tak faham perjalanan acara – Zizan balas kritikan Afdlin

“Saya rasa macam tak layak, anugerah ini sebenarnya milik kepada heroin sebenar kita, Cikgu Cheryll untuk pengorbanannya, untuk mengubah hidup anak-anak kita dekat SMK Pinang Tunggal, jadi rasa bertuah untuk bawak watak dia,” katanya ketika ditemui malam tadi.

Filem Adiwiraku yang diarahkan oleh sutradara Eric Ong dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM 29 yang diadakan DI Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada malam Sabtu.

Selain itu, Adiwiraku turut meraih trofi Cerita Asal Terbaik yang dimenangi oleh Jason Chong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here