FGV kembali untung tahun ini

0
142
Advertisement

kUALA LUMPUR: Sinar baharu buat Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) apabila merekodkan keuntungan RM26.22 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2018.

Ia berbanding kerugian RM32.26 juta suku sama tahun lepas.

FGV dalam kenyataan berkata prestasi cemerlang itu dipacu peningkatan produktiviti selain sumbangan lebih baik sektor gula serta Logistik dan Perniagaan Sokongan (LSB).

“Keuntungan Selepas Cukai FGV cecah RM8.47 juta berbanding rugi R M32.20 juta dalam suku sama, ” kata FGV dalam kenyataan.

Sektor gula mencatatkan keuntungan sebanyak RM22.01 juta pada suku pertama 2018, berbanding kerugian sebanyak RM23.16 juta dalam suku yang sama tahun sebelumnya.

Ini sebahagian besar disumbangkan oleh kos bahan mentah yang lebih rendah, kadar per tukaran asing yang menggalakkan dan penurunan perbelanjaan pentadbiran sebanyak 33 peratus berbanding suku sama tahun lalu.

Bagi sektor LSB pula mencatatkan keuntungan sebanyak RM25.36 juta pada suku pertama 2018, berbanding dengan kerugian sebanyak RM39.50 juta pada suku tahunan sebelumnya.

Ini terutamanya disebabkan oleh peningkatan yang lebih tinggi dalam perniagaan pukal dan peningkatan jumlah pengangkutan yang dibawa oleh operasi pengangkutan Kumpulan.

“Tumpuan yang diberikan kepada penambahbaikan operasi untuk meningkatkan produktiviti telah membuahkan hasil,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here