FIFA umum gol Pavard 'terbaik'

0
270
Advertisement



JARINGAN separa voli menarik pertahanan kanan Perancis, Benjamin Pavard ketika berdepan Argentina diumumkan sebagai gol tercantik Piala Dunia 2018, umum Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sebentar tadi.

Pemain Stuttgart berusia 22 tahun itu berlari ke arah bola berpunca hantaran lintang dari sebelah kiri Lucas Hernandez dan melepaskan rembatan voli kaki kanan yang menerjah ke penjuru gawang Argentina.

Gol itu menyaksikan Perancis kembali mengikat perlawanan peringkat 16 terakhir bertemu Argentina itu 2-2 pada minit ke-57.

Kemenangan turut memihak kepada Les Bleus dengan mengatasi jaguh Amerika Selatan itu 4-3 sebelum mereka menjulang Piala Dunia dengan menewaskan Croatia di final pada 15 Julai lalu.

Jaringan Pavard itu mendapat undian yang tinggi daripada orang ramai untuk mengatasi semua 169 gol yang terhasil di Russia kali ini.

Malah, ia turut mengatasi jaringan sepakan percuma pemain Colombia, Juan Quintero ketika bertemu Jepun dan gol Luka Modric sewaktu membantu Croatia menjinakkan Argentina dalam aksi peringkat kumpulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here