Filem 'Avengers: Infinity War' untuk tayangan Indonesia dipotong 7 minit

0
98
Advertisement

JAKARTA: Badan penapisan filem Indonesia, Lembaga Sensor Filem (LSF), meluluskan tayangan filem Avengers: Infinity War namun dengan durasi yang lebih pendek dari durasi asal.

Portal berita Kompas.com melaporkan, di Indonesia, filem berkenaan menjadi 149 minit iaitu 7 minit lebih pendek dari durasi asal iaitu 156 minit, atau 2 jam 36 minit.

Filem berkenaan itu juga diklasifikasikan bagi tayangan 13 tahun ke atas yang menurut LSF mempunyai unsur-unsur keganasan.

Menurut Ketua LSF Ahmad Yani Basuki, keputusan pemotongan beberapa adegan itu diambil oleh pasukannya setelah mengambil kira klasifikasi usia yang ditetapkan.

“Masing-masing kriteria umur ada tapisannya. Jika ia tidak sesuai untuk satu-satu umur, filem itu akan ditapis,” katanya kepada Kompas.

Jelas Ahmad Yani, filem-filem adiwira pastinya ada adegan yang menunjukkan aksi ganas, mahupun dialog yang tidak sesuai untuk tontonan lingkungan usia tertentu.

“Kalau untuk tontonan 13 tahun ke atas, penonton yang berusia seperti itu ada kecenderungan untuk meniru. Memang sesuatu itu harus ada batasan-batasannya.

“Jika penilaian (LSF) jelas, ia ada kaitannya dengan soal usia penonton. Maka harus dinilai setakat mana elemen keganasan, kelucahan, atau hal-hal lain (yang tidak bersesuaian),” kata Ahmad Yani.

Filem Avengers: Infinity War dijangka mampu mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah filem Marvel.

Filem ini mengisahkan perjuangan barisan adiwira ini menghalang watak jahat, Thanos, daripada mengumpul kesemua enam Infinity Stone.

Avengers: Infinity War bakal membuka tayangannya di seluruh dunia bermula 25 April ini selepas tayangan perdananya di Los Angeles pada 23 April.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here