Filem Marvel 'Black Panther' undang reaksi awal, nama Michael B. Jordan jadi sebutan

0
73
Advertisement

WALT Disney Co’s dan Marvel Entertainment telah menayangkan filem aksi adiwira terbaharunya Black Panther secara eksklusif di majlis tayangan perdana filem tersebut pada Isnin di Los Angeles.

Sekatan atau embargo telah dikenakan terhadap sebarang ulasan rasmi filem berkenaan dan tidak akan dikeluarkan hanya sehingga 6 Februari ini.

Walaupun ulasan rasmi belum lagi dikeluarkan oleh para pengkritik yang menghadiri tayangan perdana tersebut, reaksi awal daripada mereka di laman sosial cukup memberangsangkan.

Rata-ratanya mereka memberi reaksi yang positif tanpa membawakan unsur ‘spoiler’.

BACA: Bintang ‘Black Panther’ bangga budaya Afrika diraikan dalam filem Marvel

Hasil arahan Ryan Coogler, Black Panther menyaksikan Chadwick Boseman yang membawa watak T’Challa ataupun dikenali sebagai Black Panther.

Filem ini turut dibintangi Lupita Nyong’o, Michael B. Jordan, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Gurira, Angela Bassett, Fores Whitaker, Daniel Kaluuya dan Andy Serkis.

Black Panther bakal menemui penonton di pawagam pada 16 Februari 2018.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here