Filipina lancar serangan roket

0
53


SEORANG askar kerajaan mengambil kedudukan semasa rondaan di sepanjang jalan sepi di Marawi City, selatan Filipina. – Foto Reuters

MARAWI CITY: Helikopter tentera Filipina melepaskan roket ke kedudukan pengganas hari ini, dalam percubaan menamatkan kepungan di bandar selatan itu yang memasuki hari kelima.

Penggunaan senjata berat untuk kali pertama dalam operasi di selatan Filipina berlaku selepas tentera yakin mengenai lokasi tepat lelaki dipercayai pemimpin Daesh, Isnilon Hapilon.

“Kami cuba menggunakan kekerasan maksimum,” kata ketua komander tentera di wilayah barat Mindanao, Mejar Jeneral Carlito Galvez.

“Matlamat utama operasi adalah membendung kekacauan dan mengembalikan ketenteraman di Marawi, supaya penduduk boleh kembali ke rumah mereka menyambut Ramadan.”

Kira-kira 200,000 penduduk Marawi diarah meninggalkan kediaman sejak operasi tentera di situ sejak minggu lalu. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here