Final paling bermakna buat Razman

0
173
Advertisement



 

FINAL Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini memberi 1,001 makna buat pertahanan Selangor, Razman Roslan ketika bakal menentang bekas pasukannya, Pahang yang pernah menjulang namanya ketika menjuarai pertandingan ini, empat tahun lalu.

Lebih menarik untuk diperkatakan, ketika itu Razman memikul tugas selaku kapten Tok Gajah dan kali ini muncul dua ‘orang lama’ bersama Amri Yahyah yang masih ada dalam skuad Selangor daripada senarai pemain The Red Giants yang memenangi Piala FA buat kali terakhir pada edisi 2009.

Bagi Razman, dia begitu mengidamkan kejayaan kedua Piala FA bersama negeri kelahirannya namun lebih selesa Selangor turun selaku pasukan bukan pilihan.

“Pasukan kali ini dan 2009 memang berbeza kerana ketika itu Selangor dibarisi nama besar dan berpengalaman. Kali ini ramai pemain muda dan ada antara mereka kali pertama beraksi di final.

“Karier saya pun mungkin sudah tidak lama dan ini mungkin final terakhir saya. Tetapi apabila sudah ke final, semua itu tidak boleh difikirkan sangat kerana sasaran kita untuk bawa balik Piala FA.

“Pada 2014 saya menang bersama Pahang dan kali ini saya akan menentang mereka. Ia final yang cukup istimewa buat saya,” katanya.

Sementara itu, penyerang Selangor, Rufino Segovia berkata, dia bukan ahli silap mata, sebaliknya menuntut aksi terbaik daripada seluruh pasukan sekiranya mahu menjulang trofi berkenaan.

Ketika ini, Rufino muncul penjaring terbanyak Piala FA dengan mengumpul sembilan gol.

“Apa yang penting sekarang adalah memastikan kemenangan, bukannya bercakap mengenai mana-mana pemain atau pun bercakap sama ada Rufino mampu jaringkan gol atau tidak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here