Fizi dah berkenan Shakilla

0
74



PELAKON Shakilla Khoriri akan mengikat tali pertunangan dengan penyampai radio Fizi Ali pada 16 Julai ini.

Shakilla, 28, ketika dihubungi berkata, tempoh bertunang juga tidak lama dan mereka merancang untuk melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini.

“Jika lagi lama bertunang, lagi banyak dugaan akan datang kepada kami. Kalau boleh kami mahu segerakan pernikahan. Mungkin hujung tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Fizi, 28, berkata, mereka akan mengadakan majlis ringkas di Sungai Buloh, Selangor yang hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat saja.

“Saya harap majlis itu akan berlangsung dengan lancar dan semua dapat doakan yang terbaik untuk hubungan kami,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here