Flynn setuju serah dokumen kepada panel Senat

0
38


WASHINGTON: Bekas Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Michael Flynn, bersetuju menyerahkan dokumen kepada jawatankuasa perisikan Senat sebagai sebahagian siasatan mengenai campur tangan Russia pada pilihan raya presiden tahun lalu.

Beliau akan menyerahkan dokumen berkaitan dengan dua perniagaannya selain dokumen peribadi yang diminta jawatankuasa itu awal bulan ini, kata sumber yang rapat dengannya.

Flynn bercadang menyerahkan ia minggu depan, kata sumber yang enggan dikenali.

Keputusan yang dibuat semalam menjadi petunjuk pertama Flynn dan panel Senat akhirnya mencapai persetujuan.

Penyiasat Kongres berterusan meminta dokumen penting dalam siasatan itu dan Flynn cuba mengehadkan pendedahan yang boleh digunakan ahli perundangan Demokrat terhadapnya.

Flynn, sebelum ini menggunakan Pindaan Kelima yang melindungi dirinya daripada didakwa dalam menolak permohonan awal daripada jawatankuasa itu.

Peguam Flynn berkata, permohonan awal itu terlalu meluas dan memerlukan anak guam mereka menyerahkan maklumat yang boleh digunakan untuk menentangnya.

Kerjasama Flynn diperoleh ketika peguam peribadi Presiden Donald Trump, Michael Cohen, menolak permintaan mendapatkan dokumen sebagai sebahagian siasatan berasingan Dewan Perwakilan mengenai campur tangan Russia dan berhubungan dengan pasukan kempen Trump. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here