Fonte bakal tampil di Lille

0
95
Advertisement



PERTAHANAN tengah veteran Portugal, Jose Fonte menyertai kelab Ligue 1 Perancis, Lille selepas beraksi seketika di China susulan penampilan sedekad dalam Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 34 tahun itu yang beraksi 35 kali bersama Portugal mengharungi enam musim di Southampton, tiga di Crystal Palace dan pernah bermain dengan West Ham.

Dia berada di padang apabila Portugal menjuarai kejohanan Euro 2016 dan turut disenaraikan dalam skuad Piala Dunia tahun ini.

“Lille bangga mengumumkan perjanjian dengan Jose Fonte hingga 2020,” menurut kelab itu semalam.

Lille menamatkan musim 2017-2018 yang menyukarkan apabila kekal di liga utama dengan kebangkitan lewat kempen sekalipun pada awalnya dijangka mampu bertindak cemerlang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Julai 2018 @ 7:23 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here