Foto mesra #ZuLofa cetus perdebatan

0
83
Advertisement

FOTO mesra antara Zul Ariffin dan Neelofa mencetuskan perdebatan antara netizen.

Menerusi entri yang dimuat naik oleh pengarah Michael Ang di laman sosial Instagram miliknya (@michaelang38), terdapat sekeping foto menunjukkan Neelofa seakan ‘berpelukan’ dengan Zul.

Netizen mula meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen Instagram Michael.

Ada yang mengecam Neelofa kerana foto tersebut dikatakan tidak sesuai dengan penampilan wanita bertudung serta status Neelofa yang sudah bergelar ‘hajjah’.
 

[BACA: Guna Hashtag #Zulofa, Peminat Tak Sabar Mahu Lihat Zul Ariffin Bercinta Dengan Neelofa]

Tidak kurang juga ada netizen yang berfikiran positif dan menganggap semuanya hanya sekadar lakonan.

Peminat Neelofa turut yakin pengacara rancangan MeleTOP itu tahu menjaga batas untuk menjayakan watak dalam drama bersiri Ti Amo Sweetheart 100 Hari.

Untuk meredakan keadaan, Michael turut memuat naik foto aksi sama yang dijayakan oleh Zul dan dirinya sendiri dengan kapsyen, “Itu cuma satu lakonan! Sila faham guys! Chill sudah!”.
 

Mereka sedang berada di Rom, Itali bagi menjayakan penggambaran drama bersiri terbaru, Ti Amo Sweetheart 100 Hari.

Menerusi naskah adaptasi novel karya Suri Ryana itu, drama bersiri arahan Michael ini turut dibintangi oleh Scha Alyahya, Elvina Mohamad, Fahad Iman, Sharifah Shahora, Raja Afiq dan ramai lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Michael & Zul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here