Fouziah, suami berangkat ke Makkah

0
86
Advertisement



PELAKON Fouziah Gous berkongsi akan berangkat ke Makkah bersama suaminya Zhafran Yosuf bagi mengerjakan ibadah haji hari ini.

Fouziah menerusi laman Instagram miliknya memohon ampun dan maaf jika terdapat kesilapan dan kekhilafan dilakukan selama ini.

“Di kesempatan ini, saya dan suami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekhilafan secara sengaja atau tidak yang kami lakukan sepanjang persahabatan dan perkenalan.

“Mohon dihalalkan segala makan, minum dan hutang jika ada. Doakan kesihatan kami sentiasa terpelihara sepanjang ibadah haji nanti,” tulisnya.

Selain Fouziah, pelakon Betty Benafe dan Zahida Rafik juga antara jemaah Malaysia yang mengerjakan haji tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Ogos 2018 @ 11:15 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here