Fraile kecewakan Belgium

0
129
Advertisement



MENDE, Perancis: Pelumba Sepanyol, Omar Fraile memusnahkan harapan Belgium merayakan hari kebangsaan mereka dengan kejayaan Tour de France, apabila memenangi peringkat ke-14, awal pagi tadi.

Pelumba Team Sky dari Britain, Geraint Thomas kekal menyarung jersi kuning selepas melintasi garisan penamat bersama rakan sepasukan, Chris Froome dan seteru dari Belanda,Tom Dumoulin (Sunweb) dengan perbezaan 18 minit berbanding pemenang.

Juara empat kali, Froome kekal 1 minit 39 saat di belakang Thomas sambil diekori Dumoulin yang menjadi ancaman terbesar Team Sky menjelang beberapa peringkat akhir perlumbaan dengan masa 1:50s.

“Saya berasa segar hari ini. Walaupun sukar, ia agak bagus,” kata Thomas.

“Saya fikir kami boleh berpuas hati dengan perlumbaan hari ini.”

Ketika berbaki empat hari menjelang pendakian di Pyrenees yang menentukan kedudukan jersi kuning, kelompok utama dan pelumba pilihan membenarkan pemecahan awal berlaku.

Tujuh pelumba Belgium berada dalam kelompok utama seramai 32 pelumba termasuk Philippe Gilbert dan penyarung jersi kuning sebelum ini, Greg Van Avermaet.

Namun pelumba Astana, Fraile yang meraih kejuaraan di peringkat utama Giro d’Italia tahun lalu melakukan pemecahan bersendirian bagi memusnahkan harapan pelumba Belgium.

“Ia salah satu peringkat yang saya mahukan dan apabila melihat ada pemecahan, saya memberitahu diri sendiri perlu turut serta,” katanya.

“Ia satu impian. Adalah luar biasa melintasi garisan penamat secara solo.

“Saya fikir apabila seseorang pelumba memenangi Tour de France ia mengagumkan. Ia perlumbaan paling penting di dunia.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here