Fred terpelecok pula…

0
101
Advertisement



LONDON: Pemain tengah Brazil yang akan menyertai Manchester United, Fred cedera buku lalinya ketika latihan semalam, seminggu sebelum Piala Dunia bermula di Russia, lapor media Britain.

Stesen televisyen BBC dan Sky Sports memetik doktor pasukan menyatakan pemain berusia 25 tahun itu mengalami ‘masalah di buku lali’ ketika latihan di utara London.

“Buat masa ini masih terlalu awal untuk menyatakan apa-apa mengenainya,” kata doktor pasukan Rodrigo Lasmar.

“Pada Jumaat (hari ini), kami akan melihat apa yang berlaku dan kemudian memutuskan sama ada kami perlu melakukan ujian atau tidak.”

Sky melaporkan dia mengalami kecederaan itu berikutan terjahan rakan sepasukan Casemiro. Rakaman video menunjukkan pemain itu terhincut-hincut selepas diterjah.

Minggu ini, Manchester United bersetuju mengikat Fred dari kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk dalam perjanjian yang mana media Britain menyatakan sekitar £52 juta (RM278 juta).

Juara Piala Dunia lima kali, Brazil menggunakan padang latihan Tottenham Hotspur bagi mempersiapkan diri menjelang kejohanan itu. Mereka berdepan Austria pada perlawanan persahabatan di Vienna, Ahad ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here