Froome lega kembali beraksi

0
89
Advertisement



ROCHE-SUR-YON: Chris Froome menjelaskan dia begitu lega kerana dapat berada di garisan permulaan Tour de France (TdF) selepas beberapa hari namanya dibersihkan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) dan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Penganjur jelajah itu, ASO sebelum ini membuat keputusan untuk mengharamkan Froome dari berlumba namun WADA dan UCI membuat keputusan yang sudah lama dinanti – sejak ujian pada September 2017 untuk membersihkan nama pelumba berusia 33 tahun itu.

“Sekarang saya mahu meletakkan had buat saya dan lupakan apa yang sudah terjadi,” kata juara sebanyak empat kali itu, yang memenangi Giro d’Italia pada Mei.

“Matlamat saya adalah untuk menang dan meraih kemenangan kedua Tour-Giro. Melakukan Tour de France dan the Vuelta (a Espana) tahun lalu banyak mengajar saya perkara mengagumkan mengenai cara menguruskan latihan dan perkara berkaitan dengannya.

“Tetapi saya tidak boleh membuat ramalan bagaimana ia akan terjadi.”

Pelumba kelahiran Kenya itu mengakui dia tidak takut kepada orang Perancis apabila langkah-langkah keselamatan untuk memberikan perlindungan kepadanya diumumkan.

Ia selepas tahap ubat asma Salbutamol ditemui di dalam air kencing Froome di Vuelta pada tahun lalu.

“Saya berlumba di Giro pada Mei dengan kontroversi mengenai Salbutamol terhadap saya, namun tidak ada apa yang terjadi,” katanya.  – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here