Fulham pinjam Schuerrle

0
197
Advertisement



LONDON: Pemain sayap Jerman dan pemenang Piala Dunia 2014, Andre Schuerrle bersetuju menyertai kelab Liga Perdana Inggeris Fulham secara pinjaman dari Borussia Dortmund selama dua tahun.

Ia kali kedua pemain berusia 27 tahun itu beraksi di liga tertinggi Inggeris selepas mewakili Chelsea dari 2013 hingga 2015.

“Saya amat gembira berada di sini, saya tidak sabar untuk beraksi. Fulham adalah kelab pertama yang menunjukkan minat – ia sesuatu saya hargai, dan salah satu sebab saya mahu datang ke sini,” kata Schuerrle kepada fulhamfc.com.

“Saya sukakan penguasaan bola, saya suka menyerang, suka membuat larian, jadi saya rasa ia amat sempurna. Saya terpaksa bersaing merebut tempat dan saya perlu menunjukkan kualiti supaya dapat menjadi pemain yang dapat membantu pasukan.”

Fulham kembali ke Liga Perdana, merebut tempat menerusi playoff musim lalu, selepas empat tahun bergelumang dalam Liga Kejuaraan.

Aksi cemerlang Schuerrle ketika Piala Dunia 2014 ialah apabila hantaran lintangnya menjelmakan gol kemenangan Jerman di final menerusi Mario Goetze untuk kejuaraan keempat mereka.

Bagaimanapun akibat kecederaan dan kemerosotan prestasi, dia gagal memenangi tempat dalam skuad Jerman di Piala Dunia tahun ini dan hanya mampu menjaringkan tiga gol serta melakukan 10 umpanan dalam 33 perlawanan sejak menyertai Dortmund dari Wolfsburg pada harga 30 juta euro (RM142.4 juta) pada tahun 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here