'Gaduh mesra': Amah Erma Fatima kantoi 'bersmule'

0
426
Advertisement
ADEGAN ‘gaduh mesra’ di antara selebriti Erma Fatima dan dua pembantu rumahnya mendapat tumpuan peminat selepas dimuat naik sendiri oleh Erma menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Erma yang juga seorang pengarah filem dan drama gemar berkongsi aktiviti sehariannya bersama keluarga selain memuat naik aktiviti memasak bersama dua pembantu rumahnya yang sangat ‘sporting’.

Baru-baru ini, Erma telah memuat naik satu video salah seorang pembantu rumahnya atau dikenali sebagai Ipah yang sedang seronok ‘bersmule’ lagu Andai Kini nyanyian artis dari Indonesia, Yelse.

Dalam video tersebut, bukan sahaja ‘lagak yakin’ Ipah mencuit hati orang ramai malah Ipah turut memakai topi anak kepada artis tersebut.
Selain itu, rata-rata peminat terhibur dan beranggapan pembantu rumah Erma itu teringin juga jadi menjadi artis. Mestilah, majikan artis, pembantu rumah nak juga jadi artis.

Pembantu rumah Erma Fatima kantoi ‘bersmule’ ketika Erma tiada di rumah. -Foto Instagram /Erma Fatima

Sebelum ini, Erma telah ‘mendenda’ pembantu rumahnya kerana telah memecah pinggan di rumahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here