Gagal merompak, lelaki ditembak mati

0
50
Advertisement

MONTPELIER: Cubaan seorang suspek yang mahu merompak kesatuan kredit berhampiran Sekolah Menengah di ibu kota Vermont, Montpelier gagal apabila dia ditembak mati pihak polis pada Selasa.

Insiden itu sempat dirakamkan sebuah stesen televisyen tempatan yang menunjukkan suspek dilihat berdiri di kawasan aktiviti olahraga sekolah tersebut sambil memegang sepucuk pistol.

Polis kemudiannya bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek yang menyaksikan lelaki berkenaan rebah sebelum beberapa anggota polis mengerumuni individu terbabit.

Menurut Ketua Polis Montpelier, Anthony Facos mengesahkan suspek meninggal dunia di lokasi kejadian.

Setakat ini menurut laporan tiada pegawai atau mana-mana orang awam dan pelajar cedera dalam kejadian itu.

Sekolah Menengah Montpelier dan Jabatan Buruh Negeri berhampiran bagaimanapun diarahkan tutup buat sementara waktu selepas arahan berkurung dikeluarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here