Gaji CEO makin tinggi, pekerja pula tak naik

0
188
Advertisement



LONDON: Gaji ketua eksekutif syarikat di Britain meningkat kepada 11 peratus pada tahun lalu dengan pendapatan purata £4 juta (RM21 juta), namun gaji pekerja biasa hanya meningkat dua peratus, lapor kajian agensi Chartered Institute of Personnel and Development (CIPD) dan High Pay Centre.

Menurut Mail Online, kajian itu diumumkan ketika banyak syarikat besar berdepan bantahan daripada pelabur yang tidak berpuas hati dengan bayaran gaji dan bonus berlebihan.

Royal Mail yang berdepan bantahan hebat berhubung perjanjian bayaran gaji berjumlah £2.7 juta (RM14 juta) kepada ketua pegawai eksekutif (CEO) barunya, Rico Back.

Kemarahan juga timbul berhubung bayaran £10.4 juta (RM54.22 juta) kepada CEO Unilever, Paul Polman dan £42 juta (RM218 juta) kepada Simon Peckham pada 2017, CEO syarikat Melrose sebelum pengambilalihan syarikat GKN.

Pengasas WPP yang disingkirkan, Martin Sorrell juga menerima bayaran £13.9 juta (RM72.5 juta) pada tahun lalu.

Ketua eksekutif CIPD, Peter Cheese berkata, sangat mengecewakan melihat bayaran kepada CEO melonjak ketika tekanan yang semakin tinggi sejak beberapa tahun menyebabkan gaji purata tenaga kerja hampir tidak berubah.

Pengarah Pay Centre, Luke Hildyard berkata, ia sangat menyedihkan melihat jurang bayaran gaji antara CEO dan pekerja biasa yang sangat besar.

“Peningkatan bayaran CEO mempamerkan budaya korporat dan kebertanggungjawapan yang rendah serta menunjukkan perubahan berani terhadap tadbir urus korporat diperlukan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here