Gal Gadot bakal bercakaran dengan Cheetah

0
221
Advertisement

SEBUT sahaja nama Gal Gadot terbayang imejnya berpakaian adiwira Wonder Woman yang melekat di kepala. Watak yang berjaya meletakkan nama pelakon ini sebagai wajah pelaris industri perfileman Hollywood.

Wonder Woman atau Diana Prince mungkin seolah tidak tertanding oleh musuhnya dalam tiga filem sebelum ini termasuk yang terbaharu Justice League. Namun berdayakah dia berdepan tentangan Cheetah?

Bagi yang mengikuti komik DC pasti tahun Cheetah yang dimaksudkan adalah antara seteru utama Wonder Woman. Bagi sekuel filem itu nanti watak Cheetah akan dijayakan oleh Kristen Wiig.

Pemilihan pelakon Bridesmaids ini disahkan sendiri pengarah filem Wonder Woman, Patty Jenkins menerusi twitternya.

Malah Gadot sendiri amat teruja dengan pemilihan Wiig dan tidak sabar untuk berdepan satu lawan satu dengan bakal musuhnya itu

Bagi yang mahu menyaksikan percakaran  Wonder Woman dengan Cheetah nanti anda kena tunggu sehingga hujung tahun depan kerana filem ini hanya akan ditayangkan pada November 2019.

Jenkins akan kekal selaku pengarah selain terlibat dalam penulisan skrip bersama Dave Callaham dan Geoff Johns.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here