Ganjaran RM20 juta ditawarkan buat penyimpan BSN

0
445
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bagi terus menggalakkan amalan menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia, Bank Simpan Nasional (BSN) meneruskan kempen cabutan BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang menawarkan hadiah berjumlah RM20 juta dalam kempen “Pencarian Diteruskan! 12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan”.

Apa yang menarik, BSN tahun ini menawarkan nilai ganjaran yang lebih tinggi berbanding dengan RM17.7 juta yang ditawarkan pada 2017.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Kameel Abdul Halim, pelbagai inisiatif dan produk dengan ciri-ciri simpanan yang menguntungkan, seperti BSN SSP bagi memperkasakan amalan menabung di kalangan rakyat Malaysia.

“Selaras dengan perkembangan ini, BSN juga memperkenalkan cabutan baharu dan kempen khas pada tahun ini, termasuk kempen Cabutan Istimewa bagi kakitangan kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

“Ini mencerminkan usaha berterusan BSN untuk terus menyemai amalan menabung dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya di kalangan penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, kempen ini dianjurkan sempena sambutan Hari Guru dan Cabutan Istimewa ini bermula pada 1 Mei dan berlanjutan sehingga 31 Oktober. Majlis Penyampaian hadiah akan diadakan pada November ini.

Hadiah bernilai RM149,700 dalam BSN SSP menunggu penyimpan dalam kalangan ahli akademik.

Dalam kenyataan yang sama, BSN berkata, bagi yang ingin menyertai, pendeposit perlu mempunyai simpanan mininum sebanyak RM1,000 dan ke atas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here